Memaparkan catatan dengan label Komputer Terpakai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komputer Terpakai. Papar semua catatan

Selasa, 3 Mac 2015

Dapatkan cara untuk untuk hindar GST...terbaik

Berkaitan GST...

Saya adalah peniaga dan juga penggu....GST di Malaysia semakin PANAS dan SENSITIF....

Namun, kita setuju atau tidak, kita HARUS harungi peraturan baru ini dengan strategi dan persedian yang BETUL....

Saya juga PENING dan KELIRU berkaitan GST ini.

atas kesedaran dan ingin MEMBANTU orang ramai dan pemilik bisnes MEMAHAMI seterusnya MENGHINDARI DARI DITIPU oleh pekedai, pembekal atau pemborong berkaitan GST, saya ingin berikan penerangan berkaitan GST ini di samping di bantu oleh PEGAWAI KASTAM !

Ya! saya bawakan kepada anda terus PEGAWAI KASTAM untuk membantu saya memberikan penerangan berkaitan GST ini dan tips2 untuk hindari dari DITIPU.

KLIK LINK INI
https://www.facebook.com/events/399933500167617

Jika tiada akaun FB sila klik sini
http://gst-finale2015.eventbrite.com/?aff=efbevent


Sekian, terima kasih


Yang benar,

Norzureimy Mursal
Pengarah
MARZ TECHNOLOGY & TRADING

========================================================================

Related to GST ...
I was a dealer and also consumer ....

GST in Malaysia and is getting HOT and SENSITIVE ....

However, we agree or not, we HAVE to get through the new rules with strategy and readiness Correctly  ....

I also STUCK  and CONFUSE with this GST. but based on awareness and want to HELP people and business owners next UNDERSTANDING OF AVOIDING FRAUD by retailers, suppliers or subcontractors in connection GST, I want to give explanation on the GST is in addition to assisting by CUSTOMS OFFICER! Yes! I bring to you directly CUSTOMS OFFICER to help me give explanation on this GST and tips2 to avoid from FRAUD.

CLICK THIS LINK
https://www.facebook.com/events/399933500167617

 If have no FB account please click here
http://gst-finale2015.eventbrite.com/?aff=efbevent


Thank you

Yours faithfully,
Norzureimy Mursal
 Director of Marz Technology & Trading

Ahad, 23 November 2014

Are your computer slow, hang or affected by VIRUSES????

Hi, Subscriber
Thanks for supporting us!

My name Reimy, i'm director of Marz Computer Subang.
I started with very difficulties and hard times.
But with full support of our beloved customers,
I can stand until now. :)

This year is 5th year we operate in this computer retail.
All this time I have been through a lots of things.
But I can face all the problems with Subscriber supports.

So, I think to give back somethings that may useful to Subscriber.

Here is the present for you!



Get ‪#‎FREE ‪#‎FORMAT ‪#‎VOUCHER here...
In conjunction with end of 2014, we are very glad to give you all Free Format Voucher just for 100% free.
How to get it?
-Please like our ‪#‎FB Page: Latop Repair Experts (https://www.facebook.com/marzcomputertrading
-Please share this post
-Fill up this form to get your Free #Format Voucher (http://marzcomputer.activehosted.com/form/1163)
-You can bring your ‪#‎computer or we can pickup for you so we can format for you at 100% FREE (https://goo.gl/maps/TBDwh)
Note : this promotion end 30 Nov 2014

Last,but not least. I hope Subscriber happy with our services. Our intention is TO HELP ALL OUR CUSTOMERS HAPPY WITH THEIR COMPUTER.

Happy Smile from me,
Reimy
Director
Marz Computer Subang

Jumaat, 30 Mei 2014

20 Masalah Komputer dan Penyelesaian

Tak dinafikan, kadangkala peranti komputer mengalami masalah kecil yang sebenarnya boleh diatasi sendiri. Tak perlu membazir duit menghantarnya ke kedai, lakukan pemeriksaan awal dulu kerana kamu pasti menepuk dahi berikutan penyelesaiannya lebih mudah daripada jangkaan.

Biasalah, orang muda mana tahan sabar, tak mungkin boleh menunggu mencari punca masalah terutamanya urusan yang perlu diselesaikan segera. Jadi penyelesaian paling mudah, hantar saja ke kedai dan mulalah pakar komputer mengatakan masalah itu dan ini.
Padahal kalau kita tahu dan ada pengetahuan mengenai komputer, masalah mudah seperti operasi komputer perlahan, berbunyi dan serangan virus masih boleh kita selesaikan sendiri.

Apa kata kamu perhatikan 20 masalah paling kerap berlaku kepada komputer peribadi kita ini dan lakukan panduan untuk menyelesaikannya seperti yang dikongsikan Gen Y kali ini.

Masalah berkaitan perkakasan komputer.

1. Gangguan bekalan kuasa -
 Jika kamu selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Penyelesaiannya mudah dengan menggunakan Uninterruptible Power Supply (UPS). Ia akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan kamu masa mencukupi untuk menyimpan data dan menutup PC terlebih dulu jika perlu.


2. Kepanasan - Sering kali berlaku kes komputer atau laptop tidak memiliki sistem penyejukan mencukupi yang tidak mampu menampung kerja yang kamu sedang lakukan. Apabila ini berlaku, komponen komputer atau laptop itu mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.

Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer atau laptop kamu terlebih dulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop, jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja, sebaliknya dapatkan kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.


3. Bunyi asing dan getaran - Masalah ini hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer kamu. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan perkakasan elektronik. Walau apa pun alasannya, kamu boleh cuba melakukan pemeriksaan awal.

Bagi menyelesaikannya, buka CPU kamu berhati-hati untuk mengetahui masalah itu. Periksa sama ada ia datang daripada kipas atau wayar atau skru longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca daripada dua masalah itu, jangan usik komponen lain dan dapatkan bantuan yang lebih pakar.


4. Selalu ‘reboot’ sendiri - Masalah yang biasa dialami komputer ialah kadangkala akan berulang kali ‘reboot’ sendiri tanpa permintaan. Laptop terutamanya selalu berdepan masalah seperti ini. Kes ini selalunya disebabkan perkakasan komputer itu sendiri.

Penyelesaiannya mudah. Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan sama ada kamu sudah mengalami kerosakan ataupun masih dalam keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk kamu telah kotor menyebabkan habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan pemanasan dan menyebabkan komputer kamu mati secara automatik.


5. Sambungan USB tidak berfungsi - Kadangkala apabila kamu cuba menyambung peranti seperti pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke komputer, laptop, notebook atau sebagainya, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah port hab USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti itu.

Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa tersendiri untuk berfungsi dengan baik.

Penyelesaiannya, cuba untuk terus menyambungkan USB secara langsung ke salah satu port USB komputer kamu tanpa sebarang perantara. Peralatan kecil seperti pemacu USB, tetikus dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi elak menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.


6. Masalah mesin pencetak - Pertama sekali perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara tepat pencetak ke komputer kamu mengikut arahan pengilang pencetak kamu. Kemudian cuba ‘troubleshooter’ untuk mengetahui masalah pencetak yang akan mendiagnosis secara automatik dan menyelesaikan masalah kamu.

Penyelesaian khusus untuk mereka yang menggunakan perisian Windows 7, buka troubleshooter pencetak dengan klik pada ‘start’, kemudian ‘control panel’, taipkan ‘troubleshooter’ pada kotak carian, troubleshooting di bawah ‘hardware and sound’, klik pada ‘use a printer’ dan seterusnya ‘next’.


Sekiranya kamu berdepan masalah berkaitan tindak balas pada komputer kamu.

7. Prestasi komputer semakin perlahan -
 Apabila menyedari komputer kamu mulai perlahan dengan ketara tidak sepadan dengan usianya, masalah yang mungkin dialami antaranya adalah telah dimuatkan dengan fail yang tidak perlu, pecahan data, ‘registry korup’, gangguan program ‘spyware’, perkhidmatan atau perisian.

Penyelesaian mudah dengan uruskan program dan padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan ‘registry’ dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kelajuan prestasinya.

Cara membuang perisian yang tidak perlu atau tidak digunakan adalah dengan pergi ke Windows 7, butang ‘start’, ‘control panel’, lihat pada ‘programs’, ‘uninstall a program’, pilih program atau perisian dan klik ‘uninstall/change/repair’.

Kamu perlu berhati-hati supaya tidak terbuang program atau perisian yang penting.


8. Ralat mesej ketika ‘start-up’ - Pernah mengalami situasi ketika menghidupkan komputer, kamu dapat melihat mesej ralat pada skrin seperti ‘mpclink.xyz’ hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang kekunci untuk meneruskannya.

Jika melihat mesej ini, kamu perlu menekan kekunci kira-kira lapan hingga 10 kali sebelum penyambungan Windows semula. Ini berlaku kerana kamu hanya memadamkan sesuatu program tetapi tidak menyahaktifkan pemasangannya.

Jika kamu benar-benar ingin membuang sesuatu aplikasi atau program, ikuti seperti langkah di atas.


9. Skrin tidak berfungsi - Apabila skrin kamu tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan atau dalam erti kata lain membeku, kamu mengalami risiko kehilangan apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan ‘spyware’.


Apabila ini berlaku, kamu tiada pilihan selain terpaksa reboot komputer kamu. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja pembersihan sistem supaya ia tidak berulang.


10. Serangan virus dan ‘spyware’ - Ia ialah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak dan merosakkan sistem komputer kamu.

Tapi, bagaimanakah jika serangan itu begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti kamu masih belum dikemas kini?

Penyelesaiannya? ‘Windows Defender’ ialah perisian ‘antispyware’ yang disertakan dengan Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi kamu juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi memastikan pengesanan ‘spyware’ terbaru.

Cara aktifkan dengan ke butang ‘start’, taip ‘defender’ dalam kotak carian dan kemudian ke windows defender.


11. Tidak dapat jalankan Windows - Jika kamu masih dapat boot dalam ‘safe mode’ (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan. Cuba menggunakan ‘system restore’ jika kamu berada dalam ‘safe mode’ atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya.

Jika kamu tidak dapat boot ke ‘safe mode’, cuba boot ke dalam komputer dalam mod ‘repair my computer’ untuk memperbaiki masalah isu ‘start-up’ itu.


Tak terlepas, masalah berkaitan teknikal. Apa kata kita kenal pasti beberapa masalah berkaitan tenikal yang masih boleh kita selesaikan sendiri.

12. Kehilangan fail ‘Dynamic-Link Library’ (DLL) -
 DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi kamu mengenai bagaimana untuk melaksanakan fungsi tertentu. Kadangkala, DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak boleh membaca fail DLL tertentu, komputer kamu tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam sesetengah keadaan berkaitan.

Mesej ralat pemberitahuan akan dihantar ketika kamu cuba melakukan fungsi yang terbabit seperti penyimpanan. Jika masalah itu dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan fail DLL, kamu perlu mengenal pasti fail DLL itu melalui beberapa kaedah seperti di www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama proses (daripada Task Manager Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai fail ataupun carian di enjin carian.


13. Blue Screen of Death (BSoD) - Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini iaitu skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. Sebenarnya ini adalah salah satu petanda yang berlaku masalah yang agak kronik.

Usah risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan kamu untuk reboot semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan pemacu dan sebagainya.

Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca masalah tapi skrin menyediakan kamu dengan kod yang boleh membantu rujukan kamu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah itu.


14. Ruang Disk penuh - Ia berlaku kerana kamu membiarkan bagi jangka masa yang lama disk komputer dipenuhi benda tidak berguna seperti fail Internet sementara, fail program yang dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak digunakan, program yang dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan yang tidak digunakan dan salinan daripada System Restore.

Remaja umpamanya, mereka gemar memuat naik pelbagai aplikasi menarik yang kemudiannya hanya membuatkan komputer peribadi menjadi berat dan perlahan. Sudah pasti ia memberi kesan kepada prestasi komputer.

Penyelesaian: Peralatan ‘disk cleanup’ membantu membebaskan ruang pada ‘hard disk’ dengan mengenal pasti fail yang selamat dipadam dan memberikan anda pilihan untuk memadamkan beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.


15. ‘Hard drive’ gagal berfungsi - Ini adalah senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin disebabkan ‘hard drive’ rosak atau korup. Kamu dapat mengesannya jika sistem kamu tidak dapat boot, tiada sistem operasi dikesan, komputer hang pada permulaan serta PC anda mengeluarkan bunyi aneh.

Jika kamu bimbang berkenaan keselamatan fail kamu, cuba langkah berikut sebelum menghantar ke kedai. Kamu boleh cuba untuk mengambil fail menggunakan CD boot dan cuba untuk menggunakan peralatan pemulihan sistem percuma seperti ‘SuperDuper’, ‘The Ultimate Boot CD’ dan sebagainya.


16. Windows out-of-date - Sesetengah pengguna berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini pada Windows mereka walaupun mereka sebenarnya sedar ia perlu untuk menerima tetapan baru yang bertujuan untuk peningkatan prestasi.

Ini kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan secara automatik. Bagaimanapun untuk keselamatan, kamu juga boleh lakukannya sendiri jika Windows sudah out-of-date.


17. Penggunaan memori berlebihan - Jika kamu mulai merasakan penggunaan memori yang berlebihan sehingga tindakan komputer mulai perlahan apabila kamu sedang menjalankan program tertentu, ia mungkin disebabkan oleh satu atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori.

Untuk menghentikan kebocoran itu, kamu perlu menghentikannya dengan menutup program berkenaan. Untuk memperbaiki kebocoran memori itu, kamu perlu memeriksa kemas kini perisian program berkenaan atau hubungi empunya perisian.


Masalah berkaitan Internet

18. Carian rangkaian ‘wayerles’ -
 Jika dengan laptop, kamu sering kali bermasalah menyambung senarai rang­kaian ‘wayerles’ ketika kamu memerlukan sambungan Internet jika peranti anda tidak menyambungnya secara automatik. Rangkaian ‘wayerles’ hanya akan muncul jika peranti anda memiliki penyesuai rangkaian ‘wayerles’, ‘driver’ dipasang dan penyesuai diaktifkan.
Penyelesaian dengan melakukan tetapan secara manual.


19. Sambungan Internet perlahan - Tidak kira seberapa pantas pun sambungan Internet yang kamu miliki, kadangkala kamu dapat rasakan sambungannya sedikit perlahan daripada biasa. Windows menyediakan aplikasi troubleshooter yang akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah sambungan biasa.


20. Masalah sambungan Internet - Masalah kehila­ngan sambungan Internet secara tiba-tiba ini ialah sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. Perkara pertama yang boleh kamu lakukan, cuba jalankan troubleshooter Network (seperti di atas) untuk membantu diagnosis.

Jika ia masih tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati perkara yang dilakukan sebelum masalah berlaku. Jika masalah ini berlaku selepas kamu memasang perisian baru, semak tetapan sambungan jika ia sudah berubah.

Selasa, 20 Mei 2014

The ROI Promise – How To Get The Most Out Of Your IT

The ROI Promise – How To Get The Most Out Of Your IT

The ROI Promise – How To Get The Most Out Of Your IT
Every dollar is crucial to your operations, here’s how Windows 8 and new hardware systems can help run your business efficiently and effectively.
  • Equip each employee with the right tools for their job
    Windows 8 can be installed across a multitude of devices, including smartphones, laptops, and tablets, match equipment to roles to maximise your workforce efficiency.
    • While it might not have significant power, the new All-in-One PCs save office space and generally come with multi-touch screens that improve productivity.
    • Tablets running Windows 8 Pro offer all the flexibility of a tablet and the power of a PC in one flat and light package.
    • Ultrabooks are less than an inch thick and incredibly light, allowing employees to travel and work with ease.Ultrabook 2-in-1 devices offer the flexibility of a thin laptop and a tablet in one powerful device giving users more options on how they want to work.
  •  
  • Complete tasks faster
    Experience the speed of new hardware optimised to take advantage of Windows 8 and Intel’s Rapid Start Technology to boot up your device in less than 7 seconds.
  • Connectivity and collaboration – the next new way of productivity gain
    Easily share files with anyone and access your apps on the go anywhere and anytime. Experience a new form of collaboration with Office 365 on Windows 8 as you and your co-workers work on the same project seamlessly across different devices and locations.
  • Concentrate on your work instead
    Windows 8 Pro devices powered by Intel Core vPro processors can be remotely managed even if they are powered off or if the operating system is damaged or missing. This means allowing your workforce to concentrate on getting their work done.
  • Get more protection for your business
    Get advanced security in the form of BitLocker and Bitlocker To Go — so your critical business data is protected by the very latest security technologies with Windows 8 Pro without paying for third party security apps.

Khamis, 6 Mac 2014

APA YANG BOLEH KAMI BANTU UNTUK MENAIKTARAF KOMPUTER ANDA?

APA YANG BOLEH KAMI BANTU UNTUK MENAIKTARAF KOMPUTER ANDA?
------------------------------------------------------------------------------------






Anda menghadapi masalah seperti mereka ini?

->Komputer selalu hang, blue screen, slow, tidak boleh on, tiada display, diserang virus?
->Selalu hantar komputer untuk dibaiki tetapi rosak semula?
->Dikenakan caj mahal untuk baiki komputer?
->Sering tertipu dengan kedai komputer?
->Kedai komputer tidak bertanggungjawab dengan warranty komputer anda?
->Data lost dan hard disk corrupted?
->Screen pecah, tiada display, atau bergaris?
->Selalu bertukar adapater dan bateri laptop kerana dapat yang low grade?

----------------------------------------------------------------------------------------
Itu adalah masalah selalu yang kami jumpa dari pelanggan kami.
Kenapa ramai pekedai yang menjadikan pelanggan sebagai mangsa mereka?
-----------------------------------------------------------------------------------------

Tujuan kami adalah membantu anda untuk memastikan komputer anda SIHAT sentiasa!
Cuba tanya mereka di bawah ini
http://laptop-repair.marzcomputer.com.my/testimonials 

I bought this 2nd hand laptop , less than 2 weeks the motherboard having problem. Fortunately there Marzcomputer that has saved my laptop, Thanks Marz. – Man from Ipoh , Perak
Service – Repair Compaq Presario V3000 Motherboard

----------------------------------------------------------------------------------------------
SERVIS YANG DITAWARKAN
----------------------------------------------------------------------------------------------

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan komputer yang PROFESSIONALS.
->membaiki desktop dan laptop
->membaiki APPLE macbook
->membaiki laptop MOTHERBOARD (tiada display, tidak boleh on, auto shutdown dan lain-lain)
->membaiki SCREEN laptop (pecah, berbelang, bergaris, berkelip dan lain-lain)
->menukar KEYBOARD, BATERI dan ADAPTOR/CHARGER laptop
->upgrade komputer untuk LEBIH LAJU
->diserang VIRUS
->HARD DISK corrupted dan data loss
->komputer tidak boleh sambung INTERNET
->komputer HANG
->komputer SLOW

----------------------------------------------------------------------------------------------
SERVIS DI PEJABAT DAN RUMAH ANDA!
----------------------------------------------------------------------------------------------
KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN MEMBAIKI KOMPUTER
DI PEJABAT ATAU RUMAH ANDA!

HUBUNGI kami untuk mendapatkan HARGA TERBAIK :

MARZ COMPUTER SUBANG
No 11, Jln SS 15/4c, SS15
47500 Subang Jaya, Selangor

Tel : 03-5611 7095
www.laptop-repair.marzcomputer.com.my 

Khamis, 5 Disember 2013

KES PENIPUAN GAJET IT DI LOW YATT PLAZA KL

Pada Ahad 24/11/13 (hari pertama) kira-kira pukul 8 malam, saya telah menghantar telefon bimbit saya jenama Sony Xperia V ke kedai (kiosk) telefon bimbit di Plaza Low Yat untuk dibaiki kerana hanya touch screen sahaja yang pecah. Lain-lain fungsi telefon masih dalam keadaan baik. Bayaran yang dikenakan adalah RM270.00 (Bil No. 1917). Namun setelah pulang ke rumah didapati kamera hadapan telah rosak dan grille cover speaker hadapan tidak dipasang semula. Keesokkan harinya (hari ke-2) saya kembali ke kedai tersebut kira-kira pukul 8 malam untuk memaklumkan perkara tersebut. Namun mereka cuba mengatakan bahawa telefon saya memang telah rosak mungkin disebabkan jatuh. Apabila saya memarahi mereka barulah technician mereka (Bangla) mengaku bahawa dia mungkin terusik kamera tersebut semasa memasang screen yang baru. Tentang penutup grille speaker pula mereka mengatakan ia mungkin telah dibuang semasa kerja-kerja mengemas. Technician tersebut telah mengubahsuai grille telefon yang lain dengan menggunting dan menyumbat grille tersebut ke speaker hadapan telefon bimbit saya. Saya tidak berpuas hati kerana telah menyebabkan calar dan merosakkan fungsi kalis air telefon tersebut. Supervisor mereka dipanggil & saya diminta pulang & datang semula keesokkan hari kerana mereka hendak tutup kedai. Keesokkannya (hari ke-3) saya datang semula selepas waktu kerja dengan harapan telefon saya dibaiki namun supervisor mereka meminta saya membayar untuk menggantikan kamera hadapan yang rosak tersebut. Perkara tersebut sememangnya menaikkan kemarahan saya. Akhirnya saya diminta meninggalkan telefon untuk diperbaiki. Hari (ke-4) saya datang semula ke kedai tersebut kali ini berjumpa dengan tuan punya kedai bernama Mr. Pasha Khan ( No. Tel: 016-9192555). Dia menyatakan bahawa alat ganti kamera tiada dipasaran dan meminta saya menunggu sehingga 2 - 3 minggu untuk dibaiki. Saya diminta meninggalkan telefon saya di kedai mereka atau membawa pulang telefon saya. Saya memilih membawa pulang telefon tersebut. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya telah memasukkan kad sim saya ke dalam telefon tersebut namun telefon saya tidak dapat dihubungi ataupun menghubungi sesiapa kerana didapati tiada rangkaian mudah alih (mobile network disable). Perkara ini benar-benar meletihkan dan menaikkan kemarahan saya. Mereka telah cuai dan saya sebagai pengguna yang menanggung akibatnya. Saya merasa teraniaya dan kos membaiki telefon termasuk ulang alik ke kedai tersebut selama 4 hari berturut termasuk minyak dan bayaran tempat letak kereta telah hampir berjumlah RM300. Saya membuat laporan aduan ini kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka dan menuntut diberi pangadilan sewajarnya. Sekian laporan saya.

Selasa, 26 November 2013

Refurbished VS Second Hand Computer/Component

Salam sejahtera semua...

Baru-baru ini ramai yang bertanyakan saya apakah perbeazaannya Refurbished Computer dan Second Hand Computer. Kerana bagi mereka ia adalah sama- iaitu komputer terpakai.

Biar kami terangkan apa itu REFURBISHED COMPUTER 

Refurbished computer dengan maksud ringkas "komputer 2nd hand yang telah di-cek dan dibaiki segala komponen di dalamnya agar betul2 tahan dan berkualiti.

dengan maksud lain-

In computer technology, refurbished refers to "old" or used computer equipment that has been restored to like-new working condition and/or appearance or computer devices that have been sent back to the factory to fix a flaw. The term typically refers to the hardware components of a computer that have been either replaced with similar components or updated with newer technology than the device originally came with. Companies that lease computers will often refurbish the computers after they are turned in and resell the refurbished units, commonly referred to as refurbs, at prices lower than those of new computers and/or donate the refurbs to schools or charities.
http://www.webopedia.com/TERM/R/refurbished.html



Bagi  SECOND HAND COMPUTER pula ialah 

Boleh diertikan second hand komputer ini juga komputer terpakai, namu ia kebiasaannya ia tidak digantikan dengan parts yang lebih baik atau tidak di-upgrade. Ia menggunakan komponen sedia ada dan hanya di-format-kan sahaja. Kebanyakan komputer SECOND HAND ini mempunyai jangka hayat yang pendek dan selalu bermasalah. Oleh kerana itu lah kebanyakan kedai yang menjual komputer second hand ini memberikan jaminan produk maksimum SEBULAN SAHAJA. Ada sesetengah kedai yang langung tidak memberikan jaminan produk.


KINI anda telah tahu perbezaan antara SECOND HAND & REFURBISHED COMPUTER. Disebabkan faktor itulah REFURBISHED COMPUTER ini mahal sedikit dari SECOND HAND COMPUTER. 


Untuk sebarang penerangan lanjut sila email kan ke info@marzcomputer.com.my Jika anda inginkan maklumat terkini sila daftarkan email anda di sini

Khamis, 3 Mac 2011

Medion PC MT6 desktop pc















Medion PC MT6

Intel Pentium 4 CPU 2.66Ghz
512mb ddr RAM
40gb hdd ide
CDROM, modem,5 port usb, , LAN, 1 SPDIF, cardreader
nVidia GeForce 4 Ti 4200 with AGP 8x
17" CRT monitor

Free keyboard,mouse,power cord cable, installed software.

Price= RM 510

Free delivery to KL,Shah Alam,Puchong,Subang Jaya, Serdang,Putrajaya, CyberJaya,Sunway, Klang Valley area.

Call adam ; 012-6768750

IBM MT-M 8303 desktop

IBM MT-M 8303

Intel Pentium 4 CPU 2.40Ghz
512mb ddr RAM
40gb hdd ide
Intel mainboard, Intel GMA graphic chipset
CDROM, 6 usb port (2 front), floppy disk, LAN, 1 serial port,built in speaker
Genuine Windows XP Profesional
17" CRT monitor
Free keyboard,mouse,power cord cable, installed software.

Price = RM 480

Free delivery to KL,Shah Alam,Puchong,Subang Jaya, Serdang,Putrajaya, CyberJaya,Sunway,Klang valley area.

Call ada : 012-6768750

Acer Veriton 5200D free delivery RM420


BASIC USED PC PACKAGE

Acer Veriton 5200D
Intel Pentium 4 CPU 1.66Ghz 512mb ddr RAM
40gb hdd ide CDROM, 4 port usb, soundcard, floppy disk, LAN, 1 serial port
nVidia GeForce 2 GTS graphic card
17" CRT monitor
Free keyboard,mouse,power cord cable, installed software.

Price = RM420

Free delivery to KL,Shah Alam,Puchong,Subang Jaya, Serdang,Putrajaya, CyberJaya,Sunway,PJ, Klang valley area

Call adam- 012-6768750
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...