Mengenai Syarikat

MARZ TECHNOLOGY & TRADING

Marz Technology & Trading merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang menjalankan perniagaan membaiki, membekal dan menjual komputer serta notebook dan aksesori kepada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan orang persendirian. Syarikat kami terdiri daripada beberapa tenaga mahir dan berkelayakan dalam bidang masing-masing. Kami membantu pelanggan-pelanggan kami memaksimumkan produktiviti dan pengurusan dengan persekitaran komputer yang cepat, pantas dan selamat dengan perkakasan-perkakasan dan perisian yang terkini dan terbaru.

Program penyelenggaraan komputer ini bertujuan agar semua komputer pelanggan kami berada pada tahap yang optimum bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran dengan menggunakan komputer. Kami juga menawarkan sokongan dan nasihat secara percuma. Selain itu, kami juga menawarkan fail sokongan sebelum kami membuat penyelenggaraan terhadap komputer.
 
Dengan visi "your satisfaction, our mission", kami menjanjikan servis dan jaminan kualiti terhadap semua perkakasan dan perkhidmatan yang kami sediakan supaya semua pelanggan kami berpuas hati dan gembira untuk melaksanakan tugasan harian.

Dengan adanya bantuan daripada kami, anda tidak perlu risau dengan komputer anda. Anda hanya perlu menumpukan kepada tugasan harian. Masalah komputer anda biar kami yang uruskan...

MISI SYARIKAT

Syarikat kami mempunyai misi yang penting terhadap semua pelanggan kami. Misi syarikat "Kepuasan anda, Matlamat kami"

VISI SYARIKAT

Visi syarikat kami adalah "Menjadi penyedia khidmat servis dan pembekal produk IT yang terbaik dan terbesar di seluruh Malaysia"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...