Khamis, 5 Disember 2013

KES PENIPUAN GAJET IT DI LOW YATT PLAZA KL

Pada Ahad 24/11/13 (hari pertama) kira-kira pukul 8 malam, saya telah menghantar telefon bimbit saya jenama Sony Xperia V ke kedai (kiosk) telefon bimbit di Plaza Low Yat untuk dibaiki kerana hanya touch screen sahaja yang pecah. Lain-lain fungsi telefon masih dalam keadaan baik. Bayaran yang dikenakan adalah RM270.00 (Bil No. 1917). Namun setelah pulang ke rumah didapati kamera hadapan telah rosak dan grille cover speaker hadapan tidak dipasang semula. Keesokkan harinya (hari ke-2) saya kembali ke kedai tersebut kira-kira pukul 8 malam untuk memaklumkan perkara tersebut. Namun mereka cuba mengatakan bahawa telefon saya memang telah rosak mungkin disebabkan jatuh. Apabila saya memarahi mereka barulah technician mereka (Bangla) mengaku bahawa dia mungkin terusik kamera tersebut semasa memasang screen yang baru. Tentang penutup grille speaker pula mereka mengatakan ia mungkin telah dibuang semasa kerja-kerja mengemas. Technician tersebut telah mengubahsuai grille telefon yang lain dengan menggunting dan menyumbat grille tersebut ke speaker hadapan telefon bimbit saya. Saya tidak berpuas hati kerana telah menyebabkan calar dan merosakkan fungsi kalis air telefon tersebut. Supervisor mereka dipanggil & saya diminta pulang & datang semula keesokkan hari kerana mereka hendak tutup kedai. Keesokkannya (hari ke-3) saya datang semula selepas waktu kerja dengan harapan telefon saya dibaiki namun supervisor mereka meminta saya membayar untuk menggantikan kamera hadapan yang rosak tersebut. Perkara tersebut sememangnya menaikkan kemarahan saya. Akhirnya saya diminta meninggalkan telefon untuk diperbaiki. Hari (ke-4) saya datang semula ke kedai tersebut kali ini berjumpa dengan tuan punya kedai bernama Mr. Pasha Khan ( No. Tel: 016-9192555). Dia menyatakan bahawa alat ganti kamera tiada dipasaran dan meminta saya menunggu sehingga 2 - 3 minggu untuk dibaiki. Saya diminta meninggalkan telefon saya di kedai mereka atau membawa pulang telefon saya. Saya memilih membawa pulang telefon tersebut. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya telah memasukkan kad sim saya ke dalam telefon tersebut namun telefon saya tidak dapat dihubungi ataupun menghubungi sesiapa kerana didapati tiada rangkaian mudah alih (mobile network disable). Perkara ini benar-benar meletihkan dan menaikkan kemarahan saya. Mereka telah cuai dan saya sebagai pengguna yang menanggung akibatnya. Saya merasa teraniaya dan kos membaiki telefon termasuk ulang alik ke kedai tersebut selama 4 hari berturut termasuk minyak dan bayaran tempat letak kereta telah hampir berjumlah RM300. Saya membuat laporan aduan ini kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka dan menuntut diberi pangadilan sewajarnya. Sekian laporan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...