Sabtu, 25 Mei 2013

JANGAN LETAK LAPTOP ATAS TILAM!!!


Laptop kini sudah menjadi keperluan, bukan lagi kehendak..Tapi tahu kah anda laptop juga  BOLEH membawa bencana kepada kita jika tidak digunakan dengan betul?? JANGAN LETAK LAPTOP ATAS TILAM!!!
Kenapa saya melarang berbuat begini?
1- Kain bukan pengalir haba yang baik.
2- Haba yang terperap pada kain menyebabkan laptop panas, dan boleh merosakkan komponen laptopseperti motherboard, skrin, hard disk dan keyboard.
3- Lebih teruk lagi boleh menjadi punca berlakunya kebakaran.
"Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telahdikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil.Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida."
Langkah keselamatan yang boleh diambil:
1- Gunakan laptop atas permukaan yang boleh mengalirkan haba dengan baik seperti atas simen, kayu, plastik, dan sebagainya. 
2 – Gunakan cooler sebagai pelapik. 
3- Shut down apabila laptop panas dan terutama sekali sebelum tidur.
4- Jangan simpan laptop dalam beg dalam keadaan laptop di hibernate / sleep kerana laptop masih belum ter'off' dengan sempurna. Haba yang terperap di dalam beg tersebut boleh mengakibatkan skrin cepat rosak. 
"Bertindak sebelum terlambat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...