Pages

Wifi Hotspot

Wifi Mesh Networking

Memperkenalkan teknologi terbaru dalam dunia rangkaian iaitu mesh networking. Ia merupakan rangkaian tanpa wayar (wireless networking) yang 100% tidak menggunakan kabel. Jika wifi network konvensional terpaksa menggunakan network cable menghubungkan switch ke access point (AP), tetapi dengan mesh networking, setiap AP tidak memerlukan kabel untuk dihubungkan.

Dengan menggunakan konsep terbaru ini, ia dapat menjimatkan kos dari segi pemasangan kabel dan rangkaian. Selain itu, ia amat sesuai untuk digunakan bagi kawasan yang luas dan sukar untuk memasang kabel. Sistem ini juga amat mudah diuruskan walaupun tanpa kemahiran ICT.



Wifi Hotspot untuk Kawasan Luas atau Terhad

Sistem wifi hotspot kami amat sesuai untuk dipasang di kawasan yang luas atau terhad. Kawasan luas adalah seperti hotel, sekolah, kolej, Universiti, kawasan perkhidmatan dan lain-lain. Manakala kawasan terhad pula adalah seperti cafe, kantin, kedai makan, pejabat dan lain-lain.

Sistem yang dipasang tidak memerlukan sebarang kabel di mana ia lebih jimat daripada sistem wifi konvensional. Dengan wifi hotspot, ia memudahkan pelanggan untuk mendapat capaian internet sama ada melalui notebook, PC, iPod dan lain-lain.



Menjana Pendapatan dengan Wifi Hotspot

Dengan menggunakan sistem wifi kami, anda juga mampu menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Dengan modal permulaan yang rendah, anda mampu menjana pendapatan sehingga RM10K setiap bulan.

Apa yang penting adalah anda hanya perlu mencari tempat atau kawasan yang sesuai dan strategik untuk memulakan perniagaan hotspot anda. Antara tempat-tempat yang sesuai adalah termasuklah kawasan-kawasan apartment atau kondominium yang dihuni oleh golongan bujang, pelajar atau warga asing.. Ini kerana mereka jarang  mendaftar talian tetap untuk sambungan ke internet kerana mereka biasanya akan menetap untuk tempoh sementara sahaja. Jadi, sudah pasti golongan seperti ini lebih cenderung mendapatkan sambungan internet buat sementara waktu.



Kelebihan menggunakan Sistem ini

  1. Dapat menggantikan sepenuhnya perkhidmatan internet yang ada.
  2. Mendapat liputan wifi dan internet yang lebih luas dengan kos yang lebih rendah
  3. Pelaburan yang kecil tetapi mendapat manfaat jangka panjang yang besar.
  4. Penjimatan kos sehingga 50% daripada sistem LAN/Wifi yang biasa untuk kawasan yang luas dan sukar.
  5. Menjadikan hotel, kawasan pejabat, rekreasi sebagai tempat yang kondusif bagi mesyuarat, seminar dan kursus.
  6. Membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan internet dengan lebih selesa dan privasi terutamanya jika melibatkan dokumen-dokumen yang sulit dan penting.
  7. Menyediakan perkhidmatan internet yang lebih selamat dan selesa di mana pengguna boleh menggunakan komputer mereka sendiri.
  8. Sistem yang mudah diuruskan di mana ia tidak memerlukan kemahiran ICT yang tinggi.
  9. Sistem ini boleh diintegrasikan dengan sistem CCTV IP kamera yang membolehkan pemantauan keselamatan dilakukan.
  10. Menjadikan setiap ruang lebih fleksibel kerana internet boleh dicapai di mana-mana sahaja.
  11. Dapat menjana pendapatan tambahan sama ada secara persendirian atau organisasi.